Selasa, 3 Ogos 2010

Idola Kecil-3

Nak citer pasal Idola Kecil-3 ni. Syanie ni tak sabaq2 nk pegi ujibakat tu. Dah la lagu yang dalam senarai x pernha hafal..dengan batuk lagi, minggu ujian lak..can na smpat nak hafal.


Tapi memandangkan semangat syanie yang berkobar kobar mama pun bawa la syanie pegi ujibakat tu. kami pegi Ari Ahad(01-08/2010). Syanie dapat no pendaftaran P218.

Bangga dengan No Pendaftarannya..hehehe

Kesian syanie dengan batuk lagu dia cuba menyanyi utk menghafal lirik lagu tu. Syanie memilih lagu " Aku tak percaya cinta"-Liyana Jasmay.Penat tunggu selama 2 jam nama syanie pun dipanggil utk berada didalam bilik menunggu. Ermm lagi ketaq lah syanie. Tapi dia asyik senyum..Xcited tuh.

Mula2 dipanggil masuk..ceria ler..

Krew2 tu suka nyakat syanie.dah dekat giliran syanie.lagi 2 org je..

Elok nama syanie dipanggil, masuk ja dah dengar ruih kat dalam. ishh apa dah jadi nie. Kami yang kat luar lebih dah berdebar risau syanie boleh ka sbb dia mmg tengah batuk..teruk gak la.Cameraman ikut masuk sekali rakam kat dalam.

Bila kluar ja dari bilik tu..dia punya happy siap senyum2 lagi.pastu Cameraman dah kluaq dulu tunggu rakan dia keluar...pastu sempat interview dia. hehehehe untungnya syanie. Bukan semua org di interview.

Kami tak sabaq nak dengaq citer syanie. Dia pun mula la citer pot pet...kata masuk ja dalam krew2 semua dah boooo kat syanie kasi semangat kot. Pastu syanie kenalkan nama dan kasitahu yang syanie batuk. So, diorg kata tak perlu nyanyi..berlakun boleh. Syanie jawab boleh. So berlakun la jadi cikgu dan salah sorang juri jadi murid. Dengan selamba ja syanie berlakun dan memarahi krew yang malas ke sekolah membuatkan juri2 semua ceria. Pastu syanie disuruh menari. Ermm apalagi belasah jelah..

Tapi kan best la syanie..dia selamba je dan kluaq pun dengan happy. tak macam setengan budak keluar monyok , serius  ada yang tunduk ja..takut kot.

Ta pe syanie. Dapat tak dapat bukan persoalan janji syanie dapat merasa pengalaman dan ni salah satu cara utk mencari dan mendapatkan keberanian. Tahniah..muah3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini